skip to main content

Personal Data Protection Notice - Agents

The Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA") requires us, Chubb Insurance Malaysia Berhad (Chubb) to inform you that the personal data you have provided in this form or that is subsequently obtained by us from time to time, including your sensitive personal data such as details about your health or condition and offences committed, if any (“Personal Data”) may be processed to communicate with you, determine your suitability, and if you are engaged then to administer your account and sales, arrange for and process benefits you have as an agent / financial advisor, process commission and other payments, monitor and review performance, perform data analytics and survey, carry out regional reporting, or other purpose which are related to your engagement (collectively, “Purpose”). The Personal Data is obtained when you fill up documents, or liaise with us or our representatives. It could be Personal Data you give us in person, over the telephone, through websites, from third parties you have consented to, or from publicly available sources of information.

Please rest assured that we respect the privacy of our agents / financial advisors and the use of their personal data. We will deal with your Personal Data in compliance with the requirements of the PDPA.

Although you are not obliged to provide us with your Personal Data, we will not be able to consider your application and carry out the Purpose mentioned here if you fail to provide all requested information.

Your Personal Data may be disclosed to third parties for or in connection with the Purpose, including third parties we engage to carry out certain activities on our behalf. These third parties include third party administrators, storage or hosting service providers, professional advisers including doctors and other medical service providers and other companies within Chubb. In such instances, it will be done in accordance with our Personal Data Protection Policy.

We may also disclose your Personal Data where such disclosure is required under the law, court orders or pursuant to guidelines issued by regulatory or other relevant authorities, if we reasonably believe that we have a lawful right to disclose your Personal Data to any third party or that we would have had your consent for such disclosure if you had known of the same, and/or if the disclosure is in the public interest. Please be informed that your Personal Data may also be transferred to our related companies and third party providers, which may be located outside Malaysia for the Purpose. In the event we use external service providers, specific security and confidentiality safeguards have been put in place to ensure your privacy rights remain unaffected.

You may make inquiries, complaints or request for access to or correction of your Personal Data or limit the processing of your Personal Data or at any time hereafter by submitting such request to us at Chubb Insurance Malaysia Berhad, Registration Number: 197001000564 (9827-A), Manager, Customer Service Unit, Wisma Chubb, 38 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia (Tel: 1800-88-6313 / E-mail: Inquiries.MY@chubb.com).

Where you have given us personal data that is of another individual (“Data Subject”), you must ensure that you have informed the Data Subject that you are providing the Data Subject's personal data to us, and have gotten the Data Subject's consent to do so. You must explain what is stated here to the Data Subject, and ensure he/she understands, agrees and authorises us to deal with his/her personal data according to what is stated here. Also, if you are appointed as our agent, you shall at all times comply with any statute, regulation or law in Malaysia which relates to the protection of Personal Data, and you shall not do anything in relation to the Personal Data which could cause us to be in breach of any applicable data protection laws or regulations.

By submitting your application to us or by you continuing to deal with us, you understand, agree and consent to the terms above with respect to the processing of your Personal Data.

PDPA memerlukan kami, Chubb Insurance Malaysia Berhad (Chubb) untuk memberitahu anda bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami dalam borang ini atau yang selepasnya kami perolehi dari semasa ke semasa, termasuk data peribadi sensitif seperti butir-butir tentang kesihatan atau keadaan anda, dan kesalahan-kesalahan yang disabitkan, sekiranya ada (“Data Peribadi”), mungkin diproses untuk tujuan berkomunikasi dengan anda, menentukan kesesuaian anda dan sekiranya anda dilantik maka untuk mentadbir akaun dan jualan anda, mengatur untuk dan memproses manfaat-manfaat anda sebagai seorang ejen / penasihat kewangan, memproses komisen dan pembayaran-pembayaran yang lain, memantau dan menilai prestasi, melaksanakan analisis-analisis data dan kaji selidik, menjalankan laporan serantau, melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, atau bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pelantikan anda (secara bersama, “Tujuan”). Data Peribadi tersebut diperolehi apabila anda mengisi dokumen-dokumen, atau berhubung dengan kami atau wakil-wakil kami. Ia mungkin Data Peribadi yang anda berikan kepada kami secara peribadi, melalui telefon, atau melalui laman-laman web, daripada pihak ketiga yang anda telah membenarkannya, atau dari sumber-sumber maklumat yang umum.

Sila yakinlah bahawa kami menghormati privasi ejen-ejen / penasihat - penasihat kewangan kami dan penggunaan data peribadi mereka. Kami berurusan dengan Data Peribadi anda dengan mematuhi keperluan-keperluan PDPA.

Walaupun anda tidak diwajibkan untuk memberi kami Data Peribadi anda, kami tidak dapat melaksanakan permohonan anda dan menjalankan Tujuan yang dinyatakan di sini jika anda tidak memberikan semua maklumat yang diminta.

Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak-pihak ketiga untuk atau berkaitan dengan Tujuan, termasuk pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu bagi pihak kami. Pihak-pihak ketiga ini termasuk pentadbir-pentadbir pihak ketiga, pembekal-pembekal penyimpanan atau perkhidmatan hos, penasihat-penasihat profesional termasuk doktor-doktor dan pembekal-pembekal perkhidmatan perubatan yang lain, dan syarikat-syarikat lain di dalam Chubb. Dalam keadaan sedemikian, ia akan dilakukan mengikuti PDPA.

Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda apabila pendedahan sedemikian diperlukan di bawah undang-undang, atas arahan-arahan mahkamah atau menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa lain, jika kami percaya bahawa kami mempunyai hak di bawah undang-undang untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga atau mungkin akan mendapatkan persetujuan bagi pendedahan tersebut jika anda mengetahui tentangnya, dan/atau jika pendedahan adalah berasaskan kepentingan umum. Harap maklum bahawa Data Peribadi anda juga boleh dipindahkan kepada syarikat-syarikat berkaitan kami dan pembekal-pembekal pihak ketiga yang mungkin terletak di luar Malaysia untuk Tujuan tersebut. Sekiranya kami menggunakan penyedia perkhidmatan luar, Langkah keselamatan dan kerahsiaan tertentu diambil untuk memastikan hak kerahsiaan anda tidak terjejas.

Anda boleh membuat pertanyaan, aduan atau permintaan untuk mendapatkan atau membetulkan Data Peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan tersebut menerusi Chubb Insurance Malaysia Berhad, Nombor Pendaftaran: 197001000564 (9827-A), Pengurus, Unit Khidmat Pelanggan, Wisma Chubb, 38 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia (Talian: 1800-88-6313 /E-mail: Inquiries.MY@chubb.com).

Apabila anda memberikan kepada kami data peribadi individu lain ("Subjek Data"), anda mestilah memastikan bahawa anda telah memaklumkan kepada Subjek Data bahawa anda akan memberikan data peribadi Subjek Data kepada kami, dan telah mendapati persetujuan Subjek Data untuk berbuat sedemikian. Anda hendaklah menjelaskan apa yang telah dinyatakan di sini kepada Subjek Data, dan memastikannya memahami, bersetuju dan membenarkan anda untuk berurusan dengan data peribadinya mengikuti apa yang dinyatakan di sini. Di samping itu, sekiranya anda dilantik untuk menjadi ejen kami, kamu haruslah pada semua masa mematuhi kepada mana-mana statut, peraturan atau undang-undang dalam Malaysia yang berkaitan dengan perlindungan Data Peribadi, dan anda haruslah tidak melakaukan apa-apa yang berkaitan dengan Data Peribadi tersebut di mana ia akan menyebabkan kami berada dalam keadaan melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan data yang terpakai.

Dengan menghantar permohonan anda kepada kami atau dengan terus berurusan dengan kami, anda memahami, membenarkan dan bersetuju dengan terma-terma di atas berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda.